Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Aside

Macam mana : Cari String dalam Fail

Command di bawah akan mencari string secara recursive.

find . -type f -exec grep “string” {} \; -print
Aside

Macam Mana : Tukar Port SSH?

Menukar port SSH merupakan salah satu dari langkah keselamatan termudah yang boleh dilakukan sejurus selepas Sistem Operasi selesai dipasang. Ini kerana kebanyakan penggodam akan menggunakan default port untuk cuba menggodam server anda. Hanya anda yang tahu apakah port SSH server anda jadi penggodam juga perlu scan satu per satu port apakah yang anda gunakan. Ini akan memakan masa yang panjang memandangkan terdapat ribuan port yang mungkin digunakan. Ditambah dengan penggunakan Firewall, ia memakan masa yang lama untuk berjaya menembusi server melalui serangan bruteforce sekiranya anda telah menukarkan port SSH dan memasang firewall. More…

Aside

Macam Mana : Install Config Server Firewall?

Config Server Firewall atau juga dikenali sebagai CSF merupakan salah satu plugin yang wajib diinstall pada server yang menggunakan Sistem Operasi Linux. Ia berfungsi sebagai salah satu lapisan keselamatan untuk menghalang akses yang tidak sah dari menembus masuk ke dalam sistem operasi.

csf

More…

Aside

Penerangan Ringkas Data Center, Hosting, Domain Name & IP Address

Setiap laman sesawang mempunyai kandungan dan tema yang tersendiri. Namun di manakah kandungan dan tema tersebut disimpan? Bagaimanakah kandungan dan tema tersebut dicapai? Jawapannya adalah data center, hosting, domain name dan ip address.

Apa itu data center, hosting, domain name dan ip address? More…

Aside

Seronoknya Jadi Pelajar

Disebabkan komputer ni dah banyak meragam jadi ia telah di format seminggu yang lalu. Hari ini keluar notification suruh activate Windows, maka activated sudah Windows 7 Professional 64-bit ku ini dengan menggunakan product key yang ku dapat di zaman belajar dahulu. Dah lebih setahun dah pun meninggalkan zaman universiti tapi Alhamdulillah product key untuk activate Windows 7 masih boleh guna. Jadi tak perlulah keluar duit nak beli key Windows yang original mahupun bersusah payah nak cari cara untuk activate secara haram.

Windows Activation Successful

More…

Aside

Beli Domain Name

Kalau korang nak beli domain name, tak perlu susah susah nak cari dekat mana nak beli, boleh terus menghalakan diri anda ke awn.my sebab di sana korang boleh beli domian name pada harga terbaik. Cuma RM30 sahaja setahun untuk daftar Top Level Domain macam domain .COM, .NET, .ORG, .BIZ dan .INFO. Awn.my juga ada menyediakan pendaftaran domain .COM.MY dan domain .MY pada harga RM70 dan RM90.

Kalau dekat tempat lain korang daftar tahun pertama sahaja murah, tahun berikutnya naik harga; di awn.my harga pendaftaran adalah sama dengan harga pembaharuan jadi kalau korang nak daftar untuk 10 tahun pun harga dia sama juga RM30 setahun. Silap hari bulan kalau tengah promosi boleh dapat harga lebih murah. Berbaloi baloi! :D More…

Video

Ciuman Si Gajah

Waktu bercuti di Thailand pada awal Oktober lalu, kitorang singgahlah di Elephant Park di Pulau Phuket, Thailand. Disebabkan kekurangan matawang Baht pada ketika itu disamping rasa kurang berbaloi dengan harganya yang agak mahal iaitu lebih kurang RM80 seorang; kitorang cuma ambil gambar sahaja di Elephant Park tersebut. Lepas dari itu adalah singgah beberapa tempat lain tapi yang paling menarik adalah di Phuthai Souvenir Market! Apa yang menarik di sini bukan sahaja ada banyak jual cenderahati yang boleh tahan murah tapi di sini juga ada seekor anak gajah yang jinak! More…

Aside

Hi Dunia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Selamat datang ke blogku yang baru, masih berwajah lama tapi semua isi kandungan adalah baharu (tapi ini satu je post yang ada haha) dan kini didatangkan dalam Bahasa Malaysia! Apa nak buat dengan blog ini pun masih belum pasti lagi. Mungkin akan dijadikan tempat untuk berkongsi maklumat menarik selain tempat nak meluahkan perasaan? Tunggu dan lihat je lah.. Terima kasih kerana sudi singgah baca post yang tak berapa nak berguna ni, wassalam.